Sunday, February 7, 2010

Sila bagi pendapat cikgu tentang artikel ini....

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR
Kajian ini bertujuan mengkaji permasalahan pelajar-pelajar luar bandar dalam aspek pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Diantara faktor-faktor yang menjadi permasalahan utama dalam kajian ini ialah; faktor bahasa pengantar (bahasa inggeris), faktor pengajaran guru, faktor tahap penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar dan faktor persekitaran terhadap permasalahan pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan ada permasalahan dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar yang disebabkan masalah pengantar (bahasa inggeris) dan tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar.
Ni tentang prestasi pelajar-pelajar luar bandar yang mungkin sedikit-sebanyak ada persamaan dengan pelajar kita....
jadi sama-sama bagi komen....tq..
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di bawah:-

12 comments:

  1. salam cg.farah..
    Pd pandangan saya, masalah pelajar luar bandar utk blajar math in english mmg menjadi masalah besar sekiranya PPSMI diteruskan. Ksian kat students, mengikut pengalaman saya, students luar bandar kurang mahir menguasai bahasa melayu, iaitu bahasa ibunda sendiri,,,apatah lg bahasa asing.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Masalah pelajar luar bandar dalam penguasaan Bahasa Inggeris seperti yang kita selalu dengar adalah agak lemah berbanding dengan pelajar di bandar. Masalah ini sukar untuk diatasi kerana beberapa faktor, di antaranya ialah mereka kurang didedahkan kepada bahasa asing ini, persekitaran yang tidak membantu dan lain-lain lagi. Bagi pelajar-pelajar ini, untuk menguasai kaedah Matematik pun agak sukar, tambahan pula bila terpaksa mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.
    Oleh itu, saya amat bersetuju dengan usaha pihak kerajaan untuk menghapuskan PPSMI ini.

    ReplyDelete
  3. salam,
    cg farah.....pd pndangan sy mmglh mnjadi satu kpyahan utuk mngajar matematik dlam b.inggeris lbih2 lg bg pel luar bndar..pelajar menjadi mslah utama sekiranya pel tersebut tak mhir dlm b.i.pd ckg yg xmhir pun mnjadi masalah jg....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum farah. Saya bersetuju dengan artikal ini, kerana ramai pelajar luar bandar tidak boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.tq.

    ReplyDelete
  5. salam tcher farah,mengenai artikel masaalah pembelajaran matematik dlm b.i dikalangan pelajr,terdpt byk kebaikan pelaksanaannya tetapi didapati byk kelemahan terutamanya pel diluar bandar.berbeza dgn pelajar di bandar yang byk didedahkan dgn penggunaan bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  6. salam teacher farah

    saya berpendapat pembelajaran matematik dalam b.inggeris memang tidak revelan untuk dipraktikkan di peringkat rendah dan menengah. ini kerana matapelajaran matematik memerlukan pemahaman asas yang mendalam. secara teorinya, seperti mana yang dinyatakan oleh Ausebel, pembelajaran akan lebih bemakna sekiranya disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. secara realitinya, masyarakat akan mudah memahami bahasa yang diguna pakai seharian. jadi untuk mewujudkan pemahaman yang tinggi tentang matapelajaran itu wajar diajar dalam bahasa yang diterima umum oleh masyarakat samaada luar bandar atau pun bandar. jika ia masih diteruskan, ramai dikalangan pelajar melayu kita terutamanya di luar bandar akan jauh ketinggalan paencapaian dalam matapelajaran tersebut.

    ReplyDelete
  7. salam..tcher farah,saya berpendapat sama mcm ckg,tcher,ustazah..agar payah untuk student luar bandar ikuti subjek math in english..student luar bandar ni amat susah nk faham bahasa selain bhasa melayu..kalu dalm bhasa melayu pun susah nk ikut apatah lg dlm bhs inggeris..kan senang batalkan sahaja math in eglish..takde la student luar bandar especially studen melayu terkebelakang.

    ReplyDelete
  8. Salam ,

    Setelah membaca artikel jurnal ini, saya dapati memang sama dengan pandangan saya bahawa pelajar di luar bandar khususnya pelajar Melayu mempunyai masalah dalam pembelajaran Matematik menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar masih kurang mahir dalam bahasa Ibunda iaitu Bahasa Melayu, apatah lagi mereka mahu menguasai bahasa asing. Keadaan ini menyukarkan pelajar untuk memahami dan menguasai sesuatu topic dalam keadaan yan singkat.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    Pada pendapat saya,pelajar luar bandar sememangnya mempunyai masalah dalam pembelajaran matematik yang menggunakan bahasa Inggeris. Ini adalah kerana pelajar-pelajar tidak boleh menguasai sepenuhnya bahasa inggeris. Keadaan ini,menyebabkan pelajar tidak dapat memahami apa yang dikehendaki oleh soalan.Ini akan menyukarkan untuk pelajar mencap[ai tahap kecermelangan.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.

    pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris ada baik dan buruknya. Kebanyakan pelajar terutamananya anak-anak melayu mempunyai masalah untuk belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris.Banyak perkara yang perlu dititikberatkan selain faktor-faktor pelajar,peranan dan kebolehan guru juga memainkan peranan penting. Ini kerana terdapat sesetengah guru yang dipilih untuk mengajar subjek ini, bukanlah guru yang benar-benar mahir mengajar matematik.Jadi pemilihan guru yang berkaliber perlulah diutamakan dulu.
    sekian,terimakasih

    ReplyDelete
  11. salam..
    masalah pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris merupakan isu besar dalam pendidikan di malaysia.ia menimbulkan pelbagai reaksi oleh pelbagai pihak kerana pelajar-pelajar melayu sangat lemah dalam penguasaan bahasa inggeris.dan ini akan menyebabkan mereka perlu berusaha keras untuk memajukan diri mereka berbanding pelajar-pelajar yg sudah menguasai subjek bahasa inggeris.pengajaran subjek matematik dalam bahasa inggeris menyukarkan pelajar-pelajar melayu untuk lulus dengan cemerlang manakala bagi pelajar yg lemah,mereka menganggap subjek matematik tidak dapat dikuasai kerana ia diajar dalam bahasa inggeris iaitu 'killer subjek'.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.....

    Cikgu Farah...bagi sayalah, banyak faktor yang mempengaruhi permasalahan dikalangan pelajar unt. menguasai matematik yang diajarkan di dalam bahasa inggeris,salah satunya adalah tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar,mana mungkin pelajar dapat menguasai matapelajaran matematik sedangkan bahasa inggeris yang menjadi bahasa pengantar tidak dapat mereka kuasai.

    ReplyDelete